Tuesday, March 11, 2014

Sultan Ala'eddin Mosque, Banting, Selangor

Sejarah Masjid

Masjid Sultan Alaeddin ini dikenali juga sebagai Masjid Bandar. Ianya dibina semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan (Sir) Alaeddin Sulaiman Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, iaitu sultan Selangor yang ke 5 (1863-1938) Baginda merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad. Masjid ini telah dibina pada tahun 1905, seiring dengan pembinaan Istana Bandar bersebelahan dengan tapak masjid. Data tentang arkitek masjid ini tidak diketahui.

Lokasi Masjid

Masjid ini dibina di Kampung Bandar (sekarang Kampung Bandar Bersejarah), Kuala Langat, Selangor, lebihkurang 15-20 minit perjalanan dari Pekan Banting

Senibina Masjid
  • Senibina masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.
  • Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.
  • Banyak pengubahsuaian & tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.
  • Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat tambahan.
  • Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.

Kredit Sumber Text Dari: My Banting 















Saturday, January 25, 2014

Masjid As-Salam, Puchong Perdana










Masjid As-Salam Puchong Perdana ialah sebuah masjid di Puchong, Selangor. Masjid ini yang juga dikenali sebagai 'Masjid Terapung' terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain taman perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan dan Taman Puchong Permai. Masjid As-Salam Puchong Perdana mula digunakan pada 5 Januari 2006.

Rekabentuk senibina Masjid As-Salam Puchong Perdana adalah amat menarik dan menjadi mercutanda kepada taman-taman perumahan. Masjid ini mempunyai kapasiti seramai 400 orang.
Satu keistimewaan masjid ini ialah kegigihan pihak pengurusan dalam memperkasakan ekonomi masjid. Masjid ini mempunyai biro ekonomi yang mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengumpul wang seperti pasar Jumaat, perkhidmatan mencuci kereta dan juga program infak.

Pengunjung boleh membantu pembangunan masjid dengan membeli air mineral daripada pihak masjid dan wang berkenaan akan didermakan kepada masjid. Apa yang boleh dibanggakan ialah, penjualan air mineral dilakukan tanpa penjaga, yakni pembeli mengambil air mineral dan memasukkan duit ke dalam tabung dengan sendiri.


Sumber Text: Wikipedia

Monday, January 6, 2014

Masjid Pengkalan Udara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Air Force Base Mosque)

Masjid ini siap mula dibina pada 2007 dan mula digunakan pada 2009. Aku pernah mencurahkan keringat di waktu pembinaannya. Semasa masih bekerja dengan W&W Architect.


















Friday, December 27, 2013

Masjid Al Gaffar - Jasin, Melaka



Pintu Masuk Utama (Front Facade)


Pandangan Hadapan (Front Facade)

Padangan Kiri (Left Elevation)

Pandangan Kiri (Left Elevation

Perincian Menara (Tower Detail)

Pandangan Kanan (Right Elevation)

Masjid Al Gaffar, Jasin, Melaka.Malaysia


Masjid Al-Ghaffar Masjid Daerah Jasin ini terletak di dalam kariah Taman Maju yang dibina atas tanah seluar 4.05hektar (10ekar) lot 3189 Mukim Jasin. Keluasan pembinaan Masjid ini Hanya 4 ekar sahaja untuk fasa pertama dan fasa kedua untuk kegunaan membina kuaters imam,bilal dan noja serta rumah tahanan sementara bagi keluarga yang bermasalah. Masjid ini dibina diatas bukit dan merupakan Masjid terbesar Daerah Jasin. 

Masjid ini merupakan satu tempat yang menarik untuk dikunjungi selain sebagai tempat beribadah. Konsep rekabentuk Masjid ini adalah gabungan daripada senibina Arab dan Melayu hingga menghasilkan satu seni bina yang unik ,cantik dan menarik serta berasaskan kepada fungsi Masjid yang merupakan sebagai pusat kegiatan umat islam. 

Masjid ini boleh menampung bilangan jemaah seramai 2,500 orang. Kerja-kerja tanah telah bermula pada 22 November 2004 dan siap sepenuhnya pada 22 Disember 2006 dan kos keseluruhannya ialah Rm 5,638,885.00. Masjid ini mula beroperasi menunaikan solat fardu pada 23 Disember 2006 selepas tarikh penyerahan dan Masjid ini dibenarkan menunaikan solat fardu pada hari Jumaat dari 12 Januari 2007. Masjid ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. 

- Sumber text dari Portal Masjid Negeri Melaka



Thursday, December 26, 2013

As Sajidin Mosque, Simpang Kerayong, Jasin, Melaka

Masjid As Sajidin. 
Kampung Simpang Kerayong, Jasin, Melaka

Jalan menghala ke Tangkak dari Bandar Jasin. Terletak betul-betul di persimpangan simpang tiga ke Tangkak dan Merlimau. 

Photo: 25.12.2013