Showing posts with label Mosque in Malacca. Show all posts
Showing posts with label Mosque in Malacca. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Masjid Al Gaffar - Jasin, Melaka



Pintu Masuk Utama (Front Facade)


Pandangan Hadapan (Front Facade)

Padangan Kiri (Left Elevation)

Pandangan Kiri (Left Elevation

Perincian Menara (Tower Detail)

Pandangan Kanan (Right Elevation)

Masjid Al Gaffar, Jasin, Melaka.Malaysia


Masjid Al-Ghaffar Masjid Daerah Jasin ini terletak di dalam kariah Taman Maju yang dibina atas tanah seluar 4.05hektar (10ekar) lot 3189 Mukim Jasin. Keluasan pembinaan Masjid ini Hanya 4 ekar sahaja untuk fasa pertama dan fasa kedua untuk kegunaan membina kuaters imam,bilal dan noja serta rumah tahanan sementara bagi keluarga yang bermasalah. Masjid ini dibina diatas bukit dan merupakan Masjid terbesar Daerah Jasin. 

Masjid ini merupakan satu tempat yang menarik untuk dikunjungi selain sebagai tempat beribadah. Konsep rekabentuk Masjid ini adalah gabungan daripada senibina Arab dan Melayu hingga menghasilkan satu seni bina yang unik ,cantik dan menarik serta berasaskan kepada fungsi Masjid yang merupakan sebagai pusat kegiatan umat islam. 

Masjid ini boleh menampung bilangan jemaah seramai 2,500 orang. Kerja-kerja tanah telah bermula pada 22 November 2004 dan siap sepenuhnya pada 22 Disember 2006 dan kos keseluruhannya ialah Rm 5,638,885.00. Masjid ini mula beroperasi menunaikan solat fardu pada 23 Disember 2006 selepas tarikh penyerahan dan Masjid ini dibenarkan menunaikan solat fardu pada hari Jumaat dari 12 Januari 2007. Masjid ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. 

- Sumber text dari Portal Masjid Negeri Melaka



Thursday, December 26, 2013

As Sajidin Mosque, Simpang Kerayong, Jasin, Melaka

Masjid As Sajidin. 
Kampung Simpang Kerayong, Jasin, Melaka

Jalan menghala ke Tangkak dari Bandar Jasin. Terletak betul-betul di persimpangan simpang tiga ke Tangkak dan Merlimau. 

Photo: 25.12.2013







Thursday, November 28, 2013

Ayer Barok Mosque, Malacca. Malaysia

Terletak di Kampung Ayer Barok, di pinggir bandar Jasin Melaka
Di bina pada tahun 1912.
Latitude: 2°18'40.17"
Longitude: 102°25'33.47"













Thursday, November 7, 2013

Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka TengahMelaka.
Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina.
Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah, sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah masjid yang pertama dibina di Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys sekarang.
Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [1] ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.
Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam senireka Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.
Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun senireka masjid ini dipengaruhi oleh senireka Jawa, Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu. Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid.
Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat.
Masjid ini adalah antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh Archnet.
- Text was copy and paste from Wikipedia

Masjid Kampung Hulu, Melaka. Malaysia 
was build in 1728







Friday, June 28, 2013

Straits Mosque - Malacca City, Malaysia

Straits Mosque - Malacca City, Malaysia 
Nikon D90 | F/22 | 10sec. | 18mm | ISO 100 | Nov 11, 2012

Visit & Like my Facebook Page: Aku Nizam Hajizan