Showing posts with label Mosque. Show all posts
Showing posts with label Mosque. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

Masjid Bandar Diraja Klang, Bandar Klang, Selangor (Klang Royal Town Mosque)

Latar Belakang

Masjid ini dibina atas permintaan penduduk Bandar Klang terutamanya peniaga-peniaga Pasar Jawa. Oleh itu masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Pasar Jawa. Ianya telah dibina mulai pada tahun 2007 dan berakhir pada tahun 2009.  Masjid ini telah dirasmiukan oleh DYMM Sultan Selangor pada 11/12/2009. 

Binaan

Masjid ini dibina berasaskan senibina Timur Tengah dimana ianya mempunyai kubah yang besar dan ruangan binaan yang besar dan tinggi.Keseluruhan binaan adalah dari batu konkrit simen.

Terdapat dua ruangan solat yang besar dan dipenuhi permaidani yang indah dan dipenuhi alat penyaman udara. 

Kemudahan

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang solat untuk lelaki dan perempuan,bilik pejabat dan dua dewan semina yang kapasitinya seramai 150 orang. 

Pihak Masjid juga menyediakan WiFI untuk kegunaan jemaah dan kawalan keselamatan 24 jam bagi mempastikan keselamatan terjamin.

Sumbar text dari: IslamGRID










Tuesday, May 13, 2014

Masjid Cina Muslim di Kompleks Al Sa'adah, Rahang

Masjid Cina Muslim di Kompleks Al Sa'adah, Rahang, Negeri Sembilan,
Lokasinya agak tersorok sedikit dari jalan besar. Jadi kalau nak mencari kena perhati betul-betul.

Aku ada sertakan gps koordinat untuk rujukan kepada sesiapa yang berkeinginan untuk melawat masjid ni.

Kali ni cuma shoot gambar guna kamera phone je. Cuaca tak berapa sesuai, mungkin lain kali aku datang lagi untuk dapatkan gambar yang lebih baik.

Thursday, April 17, 2014

Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

 Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

 Mihrab Closed Up

Mimbar (The Mimbar)

 Interior Kubah dari Dewan Sembahyang (Inside the main dome - view from main prayer hall)

 Mihrab (The Mihrab - View From Main Prayer Hall)

Pandangan dari tempat letak kereta (View From Parking Lot)

Tempat Wuduk Lelaki (Male Ablution)

Wednesday, April 2, 2014

Aku dan Masjid Beijing @ Rantau Panjang

Masjid Jubli Emas Sultan Yahya Petra atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Masjid Beijing. Terletak di Rantau Panjang. Sebenarnya di Jalan KB -Rantau Panjang, lebih kurang lagi 10km nak sampai bandar Rantau Panjang. Senibina memang seperti masjid-masjid di tanah besar China.

Tuesday, March 11, 2014

Sultan Ala'eddin Mosque, Banting, Selangor

Sejarah Masjid

Masjid Sultan Alaeddin ini dikenali juga sebagai Masjid Bandar. Ianya dibina semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan (Sir) Alaeddin Sulaiman Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, iaitu sultan Selangor yang ke 5 (1863-1938) Baginda merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad. Masjid ini telah dibina pada tahun 1905, seiring dengan pembinaan Istana Bandar bersebelahan dengan tapak masjid. Data tentang arkitek masjid ini tidak diketahui.

Lokasi Masjid

Masjid ini dibina di Kampung Bandar (sekarang Kampung Bandar Bersejarah), Kuala Langat, Selangor, lebihkurang 15-20 minit perjalanan dari Pekan Banting

Senibina Masjid
  • Senibina masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.
  • Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.
  • Banyak pengubahsuaian & tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.
  • Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat tambahan.
  • Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.

Kredit Sumber Text Dari: My Banting