Dibina dalam tahun
1728, Masjid Kampung Hulu di
Melaka adalah
masjid paling tua di
Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal.
Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di
Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum
Cina.
Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan
Belanda semasa penjajahan Melaka oleh
Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah
Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum
Belanda pada tahun 1624, penjajah
Portugis telah, sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan
Kristian di
Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh
Portugis adalah
masjid yang pertama dibina di
Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak
Stadhuys sekarang.
Pemerintah Belanda telah menugaskan
Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato'
Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam,
[1] ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.
Penjajah
Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah
Jawa telah dimasukkan di dalam senireka Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.
Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun senireka masjid ini dipengaruhi oleh senireka
Jawa, Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu.
Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid.
Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh
Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan
China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan
sulur bayur, mahkota dan
awan larat.
Masjid ini adalah antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh
Archnet.
Masjid Kampung Hulu, Melaka. Malaysia